Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lewat

Lebih Efektif, Guru Besar Ini Bijak Guna Cara Baru Uruskan Murid Lewat & Tak Hadir

Adib Mohd

Isu murid datang lewat dan tidak hadir ke sekolah bukanlah satu perkara baharu di Malaysia. Setiap pagi, guru bertugas terpaksa menegur murid yang sama, manakala pihak pentadbiran pula berdepan cabaran mengurus rekod kehadiran yang sering berulang dan tidak tersusun.

Lebih mencabar, semua data ini perlu disusun dengan kemas untuk tindakan susulan iaitu satu tugas yang memakan masa dan tenaga.

Namun di Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, pendekatan berbeza mula menunjukkan perubahan yang ketara.

Guru Besarnya, Mohd Faruze bin Iberahim, berkongsi bahawa sekolah beliau kini menggunakan satu sistem digital yang membantu mengurus kehadiran dan disiplin murid dengan lebih sistematik .Menerusi sistem digital yang diguna pakai di sekolah ini, bebanan tugas guru juga dapat dikurangkan dan secara tidak langsung membolehkan guru beri perhatian penuh kepada prestasi pelajar sekolah ini. Mungkin faktor ini juga yang membawa sekolah yang dikelolai oleh Mohd Faruze tampil cemerlang di antara sekolah-sekolah di dalam negeri Johor itu.

Menurut beliau, yang juga pelatih digital berpengalaman lebih 20 tahun, penerima pelbagai anugerah pendidikan digital serta Cikgu Juara Digital MDEC, kaedah menegur dan merekod secara manual semata-mata sudah tidak lagi mencukupi.

“Bila data kehadiran direkod secara jelas dan konsisten, murid sendiri mula peka dengan masa. Guru pun tak perlu menegur murid yang sama setiap pagi,” jelasnya.

Imbas QR, Terus Tahu Murid Datang Awal atau Lewat

Melalui sistem StudentQR, kehadiran murid direkod hanya dengan satu imbasan kod QR lengkap dengan masa sebenar.

Murid yang hadir awal akan direkod sebagai merit, manakala murid yang hadir lewat pula direkod sebagai demerit.

Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah, data ketidakhadiran dapat dikenal pasti lebih awal untuk tindakan susulan oleh pihak sekolah.

Pendekatan ini secara tidak langsung mengubah cara murid melihat kehadiran. Malahan, ianya bukan lagi sekadar “hadir atau tidak”, tetapi satu tabiat yang dipantau secara konsisten.

Kaedah ini kini mula menarik perhatian sekolah-sekolah lain yang ingin membuat persediaan lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula.

Lewat

Kurang Tegur, Kurang Kerja Berganda

Menurut En. Faruze, kesan sistem ini bukan sahaja dirasai oleh murid, malah sangat membantu guru dan pentadbiran sekolah.

Guru tidak lagi perlu membuat kerja ‘double’ atau menyalin data daripada buku ke sistem lain. Pihak pentadbiran pula mempunyai rekod kehadiran yang lebih kemas, telus dan mudah dianalisis untuk tindakan lanjut.

Lebih menarik, sistem ini ditawarkan secara percuma kepada sekolah, hanya melibatkan penggunaan kod QR murid tanpa sebarang kos tambahan kepada ibu bapa.

Ibu Bapa Nampak Perubahan Sikap Anak

Maklum balas daripada ibu bapa juga sangat memberangsangkan. Ramai yang mula menyedari perubahan sikap anak-anak mereka yang kini lebih bertanggungjawab terhadap masa dan kehadiran ke sekolah.

Berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan digital, En. Faruze menyifatkan sistem ini sebagai antara penyelesaian paling praktikal dan realistik untuk menangani isu kehadiran dan disiplin murid.

Menariknya, sistem yang sama turut digunakan di beberapa sekolah di Indonesia dan Jepun, membuktikan kesesuaiannya merentasi sistem pendidikan yang berbeza.

Melihat kepada keberkesanan pelaksanaan ini, En. Faruze kini turut berkongsi pengalaman dan kaedah tersebut dengan sekolah-sekolah lain yang ingin membuat persediaan lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula.