Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
cara beli tiket ets
Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Tak Perlu Beratur Panjang, Guna Cara Ini Beli Tiket ETS

Azizah Najib

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan penyediaan sebanyak 12,600 tiket tambahan bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Langkah tersebut diambil bagi menampung permintaan tinggi sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Jualan tiket tambahan tersebut hanya melibatkan sektor KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral.

Selain itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menawarkan 7,344 tiket tambahan bagi perkhidmatan EMU Plus untuk laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral.

Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang ramai merancang perjalanan pulang dan balik dengan lebih selesa.

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket ETS tanpa perlu beratur panjang di kaunter, ikuti langkah mudah yang SK kongsi di bawah.

Cara Beli Tiket ETS Dalam Talian

  1. Log masuk laman sesawang https://online.ktmb.com.my/

  2. Pilih stesen berlepas di bahagian "Origin", dan stesen ketibaan di bahagian "Destination".

  3. Pilih tarikh berlepas di bahagian "Departure date". Jika anda ingin membeli tiket dua hala, anda boleh terus pilih tarikh untuk tiket perjalanan pulang di bahagian "Return date".

    panduan beli tiket ets online
  4. Jika perjalanan anda sehala, tekan "I am travelling one way".

  5. Tetapkan jumlah tiket yang ingin dibeli di bahagian "Pax".

  6. Tekan "Search".

  7. Pilih waktu perjalanan bagi tarikh berlepas. Tekan "Pick Seats".

  8. Pilih koc tersedia.

  9. Pilih tempat duduk yang anda inginkan.

  10. Tekan "Confirm seats".

    cara beli tiket ets online
  11. Pilih waktu perjalanan bagi tarikh perjalanan pulang. Tekan "Pick Seats".

  12. Pilih koc tersedia.

  13. Pilih tempat yang anda inginkan.

  14. Tekan "Confirm seats".

  15. Selepas selesai, tekan "Proceed to passenger details".

  16. Anda perlu mengisi maklumat peribadi di bahagian "Passenger Details".

  17. Selepas selesai, tekan "Proceed to payment".

    isi maklumat tiket ets online
  18. Periksa maklumat tiket sebelum memilih pelan insurans perjalanan di bahagian "KITS Passenger Takaful Plan (KPTP)".

  19. Selepas selesai proses pengesahan, tekan "Proceed to payment".

  20. Anda akan diminta untuk mengesahkan pembelian Takaful. Tekan "Yes. I want to purchase Takaful" jika anda ingin meneruskan pembelian KPTP, "No. I don't want to purchase Takaful" jika tidak mahu meneruskan pembelian KPTP.

  21. Selepas itu, pilih jenis pembayaran yang anda mahu. Pastikan anda sudah memeriksa semua maklumat peribadi dan perjalanan yang tertera.

  22. Pembelian selesai selepas pembayaran dibuat.