Siakap Keli
Kredit: Fakhrullah Samerin

Elak Silau Cahaya Putih, Lelaki Ini Ajar Cara Tetapkan ‘Dark Mode’ Pada ‘Microsoft Word’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penggunaan Microsoft Word sememangnya telah berleluasa terutamanya dalam kalangan pelajar tidak kiranya di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Seperti yang semua sedia maklum, Microsoft Word hadir dengan warna putih yang cerah dan terang, namun tahukah anda bahawa anda boleh menukarnya kepada ‘dark mode’.

Benar, paparan pada skrin laptop atau komputer anda akan menjadi gelap dan boleh mengurangkan silau terhadap penglihatan anda. Perkara sebegini sangatlah bermanfaat terutamanya bagi yang berjaga malam untuk menyiapkan sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Word.

Ikuti tips yang dikongsikan oleh Fakhrullah Samerin bagi menetapkan all black mode dalam Microsoft Word tanpa perlu buat tetapan pada warna kertas.

Sumber: Fakhrullah Samerin

" "