Siakap Keli
Gambar: Miz Juejue

“Jangan Tambah Air Lagi..,” Wanita Bongkar ‘Rahsia’ Bancuh Teh Ais Pekat Manis Berlemak, Sampai Lebih 1.8k Perkongsian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Teh ais merupakan minuman yang sering dijadikan pilihan tidak kiralah sama ada di kedai ataupun dibeli di gerai-gerai yang dijual di tepi jalan.

Bagi peminat minuman ini, sudah pasti akan mencari teh ais yang pekat manis berlemak untuk melegakan dahaga tekak dek kepanasan cahaya matahari. Pun begitu, jangan khuatir sekiranya sukar untuk mendapatkan rasa seperti yang diidamkan anda, kerana seorang wanita ada berkongsikan ‘rahsia’ bancuh teh ais pekat manis berlemak hingga boleh buat terliur.

Ikuti perkongsiannya seperti di bawah:

Sapa peminat TEH AIS haaaaaa masokkkkkkk …
Sy edit balik ya..sbb ramai yg mnta resepi..
NAH SY BG CARA SY BUAT TEH AIS…
Gambar: Miz Juejue
untuk 1 cup mcm ni sy msokkn 2 atau 3 sudu serbuk teh,sy guna TEH BARRA rendam dgn air btul2 pns,sy guna air pns cuckoo ja ..
Biar smpai air teh tu suam,tapis guna penapis mcm kdai mkn tu,pstu tmbh susu ikot nk mnis mna,tmbh [email protected] sudu susu cair,fuhhhh lg lemak2 
Dapatkan serbuk Teh Barra di SINI.
Gambar: Miz Juejue

 

Klau korang nk buat dlm jug,sila gandakn teh ya….
Jgn tambah air lagi lps bancuh,nnt ceroiiii…
Btul2 pati teh je..
Gambar: Miz Juejue
Gambar: Miz Juejue

Perkongsian mengenai tips bancuh teh ais sedap ini telah perhatian ramai warganet. Sehingga artikel ini ditulis, perkongsiannya telah mencecah lebih daripada 1.8 ribu perkongsian di platform Facebook.

Walau bagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk mengawal pengambilan minuman manis ekoran faktor kesihatan. Mungkin boleh kurangkan bahan-bahan bergula atau susu pekat dalam setiap bancuhan yang dibuat.

Sumber: Miz Juejue