Siakap Keli
Gambar: Puan Zura

“Bila Masak, Elak Guna…”, Resepi Lebih 30 Tahun, Akak Ni Kongsi ‘Rahsia’ Masak Ayam Masak Merah “Style” Kenduri Kahwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perasan tak, kalau kita bertandang ke mana-mana majlis kenduri kahwin, salah satu lauk paling wajib yang ada dihidangkan ialah ayam masak merah, kan? Kalau tak ada lauk tu, macam ‘tak lengkap’ rasanya.

Biasanya ayam masak merah ni sedap digandingkan dengan nasi minyak atau nasi hujan panas, lepas tu digandingkan pula dengan lauk acar nenas sebagai ‘sulamannya’ dalam mulut. Apabila disuap dan dikunyah, fuh nikmat betul.

Mungkin kita anggap, lauk ayam masak merah ni tak sama dengan sambal ayam. Pulak struktur lauknya lebih ‘juicy’ berbanding sambal yang agak berminyak. Jadi macam mana nak masak lauk ni ye?

Jangan risau, baru-baru ini pengguna Twitter yang juga anak kepada ‘tokey’ katering kenduri kahwin, Puan Zura ada berkongsi resepi ‘rahsia’ nak buat lauk ayam masak merah paling superb. Jom ikuti bebenang ini.

Resipi ayam masak merah kenduri kahwin

Dengar macam pelik kan tak perlu guna sos cili dan sos tomato? Takpa, jangan terkejut. Mungkin selama ni kita terbiasa guna dua bahan tu, kali ini kita ‘evolusikan’ semula lauk ayam masak merah ikut resipi arwah abah Puan Zura ni.

Rupa-rupanya bukanlah tak guna langsung bahan tambahan macam sos cili dan sos tomato, tapi ianya digantikan dengan bahan lain seperti santan. Agak ‘rare’ juga kan masak merah guna santan?

Jangan lupa kisarkan semua bahan di atas guna mesin pengisar. Kadang-kadang ada yang agak rajin dan lebih nak rasa ‘kaw’, diorang tumbuk je bahan-bahan tu guna batu lesung. Lagi sedap, cuma kena rajinlah tangan tu.

Macam biasa, mana-mana lauk yang ingin dimasak perlulah ditumis terlebih dahulu. Adat masyarakat kita sejak turun-temurun, makanan lauk Melayu ni hampir kebanyakannya akan ditumis dulu sampai ‘naik bau’.

Satu lagi perkara penting semasa menumis adalah ‘pecah minyak’. Orang kata, tumislah sampai naik bau dan pecah minyak, barulah lauk tu boleh mula digodak atau terus ke langkah seterusnya.

Jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair. Ingat pesanan Puan Zura ni. Ianya supaya kadar ‘kebasahan’ lauk tu jadi sekata dan selesa dimakan. Kalau terlalu pekat, nanti kuahnya sedikit dan cepat kering pula nanti. Orang putih kata, ‘just nice’ gitu.

Ok begitulah resipinya. Mudah je kan? Puan Zura ada berpesan, bahawa dia BENARKAN resipi ayam masak merah arwah abahnya ini untuk anda masak dan jual (berniaga).

Semoga Puan Zura dan kita semua dimurahkan rezeki olehNya. Ameen.

Sumber: Puan Zura