Siakap Keli

Kota Dipercayai Peninggalan Firaun Ditemui Oleh Ahli Arkeologi Mesir

KAHERAH- Ahli arkeologi telah menemui sisa-sia kota kuno di padang pasir di luar Luxor yang mereka katakan adalah “terbesar” yang pernah dijumpai di Mesir dan dikatakan berasal dari zaman kegemilangan firaun 3,000 tahun yang lalu.

Penemuan kota kuno itu dikatakan sebagai salah satu penemuan terpenting sejak menggali kubur Tutankhamun.

Ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass mengumumkan penemuan “kota emas yang hilang” mengatakan bahawa kubu itu telah ditemui berdekatan Luxor, kediaman Raja yang legendaris.

“Misi Mesir di bawah pimpinan Dr Zahi Hawass menemukan kota yang hilang di bawah timbunan pasir,” kata salah seorang dari pasukan arkeologi.

“Kota berusia 3,000 tahun ini berasal dari zaman pemerintahan Amenhotep III dan terus digunakan oleh Tutankhamun.

Profesor Seni dan Arkeologi Mesir di Universiti Johns Hopkins, Betsy Bryan mengatakan penemuan itu adalah “penemuan arkeologi kedua terpenting sejak makam Tutankhamun”.

Barangan kemas seperti cincin ditemui bersama tembikar, azimat dan batu bata berlambangĀ  Amenhotep III .

“Banyak misi arkeologi asing cuba menemuinya tetapi gagal,” kata Hawass.

sumber: AlJazeera

Atiqah Aliah