Siakap Keli
Gambar: Bernama/Twitter

Pengumuman Puasa Dijangka Hari Ini, Warganet Mula Berteka-Teki Warna Baju Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

Malam ini, pasti ramai yang berkumpul di hadapan televisyen, menanti pengumuman tarikh puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sepertimana tahun-tahun lalu. Inilah waktu yang dinantikan saban tahun selain pengumuman hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Sekali lagi, warna pakaian Tan Sri Syed Danial menjadi teka-teki dan bualan warga maya setiap tahun yang menantikan kemunculan beliau di kaca TV.

Ada yang meneka warna biru dan hijau, ada juga yang menjangkakan beliau akan memakai baju berwarna merah.

Anda rasa warna apa yang Tan Sri akan pakai malam ini? Apa-apa pun selamat menyambut bulan Ramadan buat seluruh umat Islam di Malaysia

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.