Siakap Keli

TERKINI: Rentas Negeri Masih Tak Dibenarkan, 5 Negeri PKPB Termasuk Selangor Dilanjutkan

Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan dilanjutkan pada 15 April hingga 28 April manakala Sarawak 13April hingga 26 April 2021.

Justeru itu, menerusi sidang media mengenai perkembangan terkini daripada Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob juga melaporkan sebanyak 10 buah negeri menjalani perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam hujahnya berkata, PKPP di Perlis, Kedah kecuali di kawasan PKPD di Kuala Muda, Perak, Melaka, Negeri Sembilan kecuali di kawasan PKPD di Seremban, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan dilanjutkan 15April sehingga 28 April 2021.

Bagaimanapun, aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan lagi. Diharapkan masyarakat dapat mematuhi arahan kerajaan bagi mengekang wabak Covid-19 di negara ini.

Sumber: Bernama sidang media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang