Siakap Keli

(Video) Seram, Nak Cari Kucing Hilang, Rupanya Kucing ‘Bermain’ Dengan Lembaga Rambut Panjang

Meremang. Itu yang dapat dikatakan mengenai sebuah video tular di mana memaparkan kelibat mahkluk berambut panjang yang sedang duduk di tepi jalan dalam keadaan menyeramkan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok Diana, dia berada di luar rumah pada jam 1 pagi untuk mencari dua ekor kucing miliknya yang tidak pulang.

Ketika meninjau di sekeliling kawasan rumah, dia menemui salah seekor kucingnya sedang berjalan berhampiran manakala seekor lagi berada di luar pagar rumah tetapi sedang ditemani oleh ‘seseorang’.

Dia yang tidak sengaja merakam aksi tersebut melihat makhluk aneh berpakaian serba putih dan berambut panjang sedang duduk bermain dengan kucingnya di tepi jalan dalam keadaan hujan renyai.

Tergamam melihat kemunculan makhluk berkenaan, dia bertindak melarikan diri ke dalam rumah sambil memanggil ahli keluarganya untuk membuka pintu dan lampu. Memang seram!

Allahuakbar, Astaghfirullahalazim!

@dianaonly_909

Reply to @rodeopurba full video dari first xdak cut2 ok..dup dap dup dap jantung bila tgk blk.#fypシ #atmix #takmentionsapapun #foryoupage

♬ original sound – ☘️🅳🅸🅰🅽🅰🍀 – ☘️🅳🅸🅰🅽🅰🍀

Warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui video berkenaan menyeramkan di mana rata-ratanya mendakwa memang terdapat kehadiran makhluk ghaib yang dirakam oleh gadis berkenaan.

Malah, ada yang juga yang mendkawa makhluk berkenaan sebenarnya telah memberi petanda awal kehadirannya menerusi kamera video yang kabur selain terdengar bunyi seakan suara sedang menangis.

Tunjuk kat ustaz, memang ustaz cakap ‘benda’ tu betul

Dari awal dia dah bagi ‘hint’ kamera kabur

Video hantu paling ‘real’

Sumber: TikTok Diana

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.