Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Orang KL Nak Ponteng Puasa? Jaga-jaga, Pergerakan Anda Sedang Diperhatikan

Setiap kali menjelang bulan Ramadan, pasti suara-suara ‘nakal’ tentang geng plastik hitam mula berbunyi. Siapakah dia geng plastik hitam?

Geng plastik hitam dikatakan merujuk kepada golongan yang berani ponteng puasa. Tidak cukup dengan ‘melanggar’ kewajipan rukun lslam ketiga itu, mereka sanggup pula membeli makanan di kedai makan secara sorok-sorok.

Tapi walaupun sejauh mana mereka berjaya ponteng puasa, namun semua itu pasti dilihat Allah Taala. Bukan itu sahaja, bahkan ada juga mata-mata pihak berkuasa yang memerhatikan mereka.

Jangan tak tahu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhak menjalankan tindakan ke atas mereka yang dikenal pasti ponteng puasa, apatah lagi tidak menghormati bulan Ramadan melalui ‘pemerhatian’.

Difahamkan, pemerhatian ini turut dibuat secara menyeluruh dan makan di tempat awam pun dikira sebagai satu kesalahan. Selain itu, premis perniagaan atau restoran yang dikira ‘bersekongkol’ menjual makanan kepada mereka ini akan turut dihukum.

Penguatkuasaan dan pemerhatian serta operasi akan dijalankan pada bila-bila masa sahaja. Jadi apakah hukuman yang diberikan kepada mereka yang ‘terkantoi’ ini?

  1. Mereka akan didenda sebanyak RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan jika disabit kesalahan.
  2. Ianya adalah berdasarkan Seksyen 15 Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.
  3. Bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, pesalah akan didenda sehingga RM2,000 atau dikenakan penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi orang awam yang ternampak kelibat mereka ini di mana-mana, anda boleh melaporkan aduan terus kepada Penguatkasa JAWI melalui talian hotline 1-800-88-1771.

Jaga-jaga, pergerakan anda diperhatikan.

Sumber: JAWI melalui BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'