Siakap Keli

(Video) “Jangan Guna Minyak…”, Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Cara Elak Ayam & Daging Bakar Melekat Di Besi

Walaupun  mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan, salah satu masakan yang dilihat paling mudah untuk anda sediakan di  adalah ikan atau ayam bakar.

Manakan tidak, ia hanya memerlukan beberapa bahan perapan dan tunggu sahaja ia siap dibakar.

Pun begitu, pasti ramai yang sentiasa mempunyai masalah ketika membakar di atas dapur grill. Kadang-kadang, ayam atau ikan yang dibakar itu melekat dan susah untuk dibalikkan.

Disebabkan itu, ada yang menyapukan minyak pada dapur grill itu bagi mengelakkan makanan itu terlekat tetapi sebenarnya ada cara lain yang boleh anda lakukan dan pastinya ia sangat berkesan.

Menerusi video yang tular di TikTok, dapat dilihat sebenarnya kentang juga boleh menjadi ‘penyelamat’ untuk mengelakkan makanan itu terlekat.

Video yang telah mendapat sebanyak 2.5 juta tontonan itu memaparkan cara-cara untuk menggunakan kentang itu sebelum membakar ayam.

Nak tahu macam mana caranya? Jom tonton video di bawah ini.

@masterchefs

Grilling hack that will make you look like a pro! YouTube credit: #scrumdidlyumptious #grilling #hack #foryou

♬ original sound – Aleks B

Semoga tahu tips ini boleh membantu anda, nanti bolehlah bakar ayam atau ikan untuk berbuka puasa nanti. Selamat mencuba.

Sumber: Aleks B

Sofea

There's always another side to every story