Siakap Keli
Gambar Via Habib Izzah

Boleh Buat Untuk Puasa Nanti, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Nak Buat Sambal Hitam Belimbing Buluh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nikmatnya jika dapat makan hidangan lauk kampung yang enak, ditambah pula jika gaul dengan nasi yang baru masak dengan sambal hitam, kecur air liur bila terbayang.

Bercakap mengenai sambal hitam, pasti ramai yang terbayang betapa rumitnya untuk menghasilkan sambal hitam belimbing buluh, ia juga terkadang mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Pun begitu, anda sebenarnya boleh menyiapkan sambal itu dalam tempoh 30 minit sahaja.

Menerusi perkongsian Habib Izzah di Facebook, dia menunjukkan resepi mudah untuk membuat sambal belimbing buluh itu.

Perkongsiannya itu telah meraih sebanyak 20 ribu tanda suka dan 37 ribu perkongsian setakat ini.

Jom tengok resepi yang dikongsikan di bawah ini.

Ni bukan masak apa tak jadi tapi ni masak sambal hitam simple 30 minit tapi rasa dia mables.

Mummy share resepi kat setiap gambar

Sambal hitam ni makan dengan nasi panas memang mables, mak mentua lalu sebelah pun tak perasan.

Bahan-bahan:

Cili api
Cili besar
Belimbing
Bawang besar
Ikan bilis

Panaskan minyak dulu korang supaya bahan-bahan tadi tak lama merenang dalam kuali tu.

Minyak panas je masukkan bawang besar dan ikan bilis yang di blender kasar, tumis sampai agak kekeringan.

Blend cili dan belimbing tadi, tak payah blend halus sangat.

Bila bawang dan ikan bilis dah hampir kering, masukkan cili blender tadi.

Kacau rata

Kacau lagi, bila nampak sambal hampir kering tambahkan perisa garam sedikit.

Taraaa! Dah siap, dia punya rasa memang mables, yang ni tahan lebih lama daripada kita rebus dulu belimbing tu. Lagi 1 nape mummy buat macam ni je simple sebab kalau kita rebus belimbing tu, biasanya kuali kita akan rosak tapi kalau buat ikut resepi mummy ni kuali memang suci murni je.

Sumber: Habib Izzah

Sofea

There's always another side to every story