Siakap Keli
Gambar: Neftali Martin

(Video) Sebak, Tukang Gunting Cukur Rambut Sendiri, Tanda Sokongan Buat Rakan Hidap Kanser

Tidak semua orang dikurniakan seorang sahabat yang sanggup bersusah senang bersama.

Dalam sebuah video, seorang penggunting rambut sanggup mencukur rambutnya sendiri untuk menunjukkan sokongan terhadap rakannya yang menghidap kanser.

Video mengharukan ini dimuatnaik oleh Neftali Martin, yang juga seorang penggunting rambut di akaun TikToknya, @neftabarber. Video tersebut mendapat lebih sembilan juta tontonan.

@neftabarber

#noestassolo #cancer #amigosforever #barbero #barber #viral #life @imjooeel @lordsandbarbers

♬ Love Is Gone – 女王Music

Martin meminta rakan sekerjanya, Joel Ortega, untuk mencukur rambutnya yang mengalami keguguran kerana rawatan chemotheraphy.

Martin merakam video tersebut untuk mengucapkan selamat jalan kepada rambutnya. Dia kelihatan sangat kecewa ketika melalui momen tersebut.

Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menyangka perbuatan spontan rakannya.

Ortega secara tiba-tiba mencukur rambutnya sendiri untuk menunjukkan solidariti terhadap kanser sambil berkata, “anda tidak bersendirian.”

Aksi luar biasa rakannya ini membuat Martin tidak mampu menahan air mata. Kedua lelaki ini merupakan rakan sekerja di kedai gunting rambut Lords and Barbers di Alicante, Sepanyol.

“Pada yang tidak mengenalinya (Ortega), pada saya dia bukan sahaja rakan sekerja, tapi juga seorang saudara,” katanya melalui sebuah kiriman di Instagram.

SUMBER: India Times, TikTok & Instagram Neftali Martin

"