Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TSUBAKI Perkenal Rangkaian Penjagaan Rambut Untuk Wanita Moden, Atasi Pelbagai Masalah Rambut Dan Kulit Kepala

Jenama penjagaan rambut dari Jepun, TSUBAKI, terus memperluaskan pilihan penjagaan rambut untuk wanita moden menerusi rangkaian produk yang direka bagi menangani pelbagai masalah rambut dan kulit kepala.

Menerusi City of TSUBAKI 4.0, TSUBAKI turut bekerjasama dengan jenama barang kemas tempatan, GUNG Jewellery, bagi meraikan gaya peribadi dan keyakinan wanita menerusi penjagaan rambut serta aksesori yang melengkapkan penampilan harian.

Antara rangkaian yang diketengahkan ialah TSUBAKI Premium EX Dandruff Care & Repair, yang menggabungkan teknologi penjagaan kulit kepala Jepun untuk membantu mengatasi masalah kelemumur, kegatalan dan ketidakseimbangan kelembapan kulit kepala.

Rangkaian ini menggunakan Advanced CleanScalp Technology bersama Japanese Scalp Spa Formula, selain membantu memberikan perlindungan daripada serpihan kelemumur sehingga 72 jam*.

Ia juga membantu mengimbangkan tahap kelembapan dan sebum pada kulit kepala dalam tempoh 28 hari.

Selain penjagaan kelemumur, TSUBAKI menawarkan beberapa rangkaian lain mengikut keperluan rambut.

Menurut Pengurus Besar dan Wakil Negara FineToday bagi Malaysia dan Indonesia, Frederick Ng, rangkaian terbaharu itu melengkapkan pilihan penjagaan TSUBAKI daripada penjagaan rambut hingga kesihatan kulit kepala.

“Japan Salon Quality Hair at Home” turut menjadi antara fokus utama TSUBAKI dalam membantu pengguna mendapatkan penjagaan rambut yang lebih mudah sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Sementara itu, kerjasama bersama GUNG Jewellery menerusi City of TSUBAKI 4.0 mengetengahkan bagaimana penjagaan rambut dan pemilihan barang kemas boleh menjadi sebahagian daripada gaya peribadi seseorang wanita.

Melalui kolaborasi tersebut, kedua-dua jenama meraikan keunikan setiap wanita, sama ada melalui rambut yang lebih terurus atau aksesori yang menjadi pilihan untuk melengkapkan penampilan.

Kesemua rangkaian TSUBAKI kini boleh didapati di Watsons Malaysia, termasuk secara dalam talian dan di cawangan fizikal, selain kedai e-dagang rasmi TSUBAKI serta peruncit farmasi yang sah.

Pengguna dinasihatkan membuat pembelian melalui saluran rasmi dan peruncit sah bagi memastikan produk yang diterima adalah tulen.

*Berdasarkan ujian klinikal melibatkan 20 responden di China pada Mei 2025.