Siakap Keli
Gambar viaTikTok @ieykaludin

(Video) Boleh ‘Double Tap’, Logo Apple Kat Belakang iPhone Rupanya Ada Banyak Fungsi

Mesti anda perasan akan logo buah epal di belakang telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone. Tapi tahukah anda, logo ikonik ini diselitkan ciri khas yang mungkin ramai daripada kita tak tahu.

Logo di belakang iPhone ini datang dengan fungsi double tap. Anda hanya perlu menekan dua kali pada logo tersebut untuk menggunakan fungsi ini.

Fungsi “butang tambahan” di bahagian belakang iPhone ini diterapkan bersama versi iOS14 yang dilancarkan tahun lepas.

Antara fungsi yang diterapkan Apple pada logo ini ialah tangkapan skrin, lampu sorot, kunci skrin dan banyak lagi.

Ikuti perkongsian akaun TikTok @ieykaludin untuk mengetahui bagaimana cara mengaktifkan fungsi double tap ini.

@ieykaludin

kita sorang je ke yang baru tahu ni 🤣 korang pun baru tahu juga ke? komen komen 😘 #fyp

♬ original sound – Ieyka Ludin – Ieyka Ludin

Selain double tap, anda juga boleh gunakan fungsi triple tap untuk menambahkan lebih banyak alternatif shortcut pada iPhone anda. Setelah dicuba, rupanya fungsi double tap ini bukan sahaja berfungsi pada logo, tetapi di mana-mana bahagian belakang iPhone.

Sumber: TikTok @ieykaludin, The Verge

Eyla Azri