Siakap Keli

(Video) Tak Ramai Tahu, Kedai Ini Jual Barang-Barang Dari Shopee Dan Ada 7 Cawangan Di Malaysia

Sebut sahaja Shopee, kedai dalam talian ini tak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Nak beli apa sahaja barang, semuanya ada. Kadang-kala barangan yang dijual tak pernah pun terfikir oleh kita. Senang cakap, Shopee memang memudahkan urusan ramai selain harga barangan yang murah dari pasaran.

Tetapi, mungkin ramai yang tak tahu ada kedai yang jual barangan Shopee dan dah ada tujuh cawangan pun yang dibuka di seluruh negara dan tak lama lagi cawangan kelapan bakal menyusul.

Bayangkan selama ni korang asyik belek dalam telefon je barang yang dibeli, kali ni boleh pilih barangan Shopee depan mata. Wow! Jom kita tengok video yang dikongsikan oleh akaun Tiktok bybellv ini. Lepas ni dah boleh pergi!

@bybellv

shopee da ade kedai! Senang nak telek gais! Nak part 2 tak? #tescoextrashahalam #99perfectshop #fypシ

♬ Mabuk Lagi (Remix) – syhhafiq

Kedai ’99Perfect’ ini adalah kedai yang menjual barangan Shopee di Malaysia yang menawarkan barangan berkonsepkan ‘Home & Living’ secara terus kepada pengguna.

Antara barangan yang ditawarkan di kedai ’99Perfect’ seperti barang rumah, perkakasan, alatan kebun, alat tulis, barangan sukan, perhiasan, kosmetik dan mainan. Malah, kesemua barangan ini diimport secara terus dari luar bagi memastikan kualiti dan kepelbagaiannya sama seperti di kedai Shopee dalam talian.

Sebanyak tujuh cawangan telah dibuka sejak 2018 iaitu di Aeon Mall Bukit Mertajam, Tesco Bagan Ajam, Tesco Ipoh Garden, Tesco Extra Shah Alam, Tesco Tanjung Pinang, Aeon Mall Ipoh Station 18, Tesco Alma bukit mertajam dan cawangan akan datang iaitu di Tesco Kulim.

Dapatkan barang-barang shopee disini

@bybellv

Reply to @zizzz59 dekat malaysia ni dia bru open 7 outlet je. Soon 1 lg. Boleh rujuk website dia. #fypシ

♬ I’m So Pretty – chunkymonkeeyy

 

Sumber: TikTok bybellv, 99perfect.my

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.