Siakap Keli

Adakah UCL Akan Terkubur? 12 Kelab Gergasi Sudah Menyatakan Minat Sertai European Super League

Sejak awal pagi semalam kecoh tentang desas-desus mengatakan ada sebuah liga yang cuba menggantikan UEFA Champions League dalam kalendar bole sepak kelab-kelab ternama di Eropah. Liga itu diberi nama European Super League.

European Super League yang dipengerusikan oleh Florentino Perez, Presiden kelab Real madrid dalam usaha menghimpunkan kelab-kelab gergasi eropah seperti Liverpool, Barcelona, Manchester United, Arsenal, Real Madrid dan ramai lagi untuk menentang sesama sendiri dalam format yang berbeza dari Uefa Campions League yang sedia ada sekarang.

Ini sudah tentu memberi tekanan kepada UEFA kerana kelab-kelab yang sudah menyatakan minat ini salah satu aset penting dalam mempromosikan UEFA Champions League ke peringkat global. Siapa lagi mahu menontot Liga Juara-Juara Eropah jika hanya kelab-kelab kerdil sahaja yang beraksi.

Menurut laporan ESPN, 12 kelab dari liga-liga utama Eropah sudah menyatakan minat mahu menyertai European Super League yang dikatakan bakal membawa keuntungan yang lebih besar.

Kelab-kelab yang menyatakan minat seperti

Liga Perdana Inggeris: Arsenal, Liverpool, Manchester United, Manchester City, Tottenham Hotspurs, Chelsea

Liga Sepanyol: Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid

Liga Itali: AC Milan, Inter Milan, Juventus

Namun, kelab seperti PSG, Dortmund dan Bayern Munich menolak pelawaan itu. PSG dalam satu kenyataan berpendirian tidak akan menyertai European Super League dan tidak akan menjual mana-mana pemain mereka ke kelab-kelab yang mahu menyertai liga eropah baru itu.

Lagenda Manchester United, Gary Neville membidas tindakan kelab-kelab Liga Inggeris yang telah menyatakan minat terutama kelab kesayangan beliau, Manchester United.

Menurut Gary,

Sumber: ESPN

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)