Siakap Keli

Korang Sebagai Pemborong Nak Kembangkan Bisnes? Ikuti Cara Yang Telah Dibuktikan Ini

Lumrah bila buat bisnes ni ada masa kita sampai terlalu sibuk nak uruskan semuanya sekaligus. Mana nak beli stok, cari supplier dan lepas tu terkejar-kejar pula nak buat penghantaran barang.

Apabila terlalu sibuk fokus kepada operasi, adakah kita masih mempunyai masa untuk susun strategi yang berkesan bagi mengembangkan bisnes?

Ditambah pula dengan kekecewaan dalam memastikan kepuasan customer, ada sahaja cabaran bagi mencapai balance antara perkembangan bisnes dan kecekapan operasi.

Dengan pelbagai servis penghantaran yang ada sekarang ini, agak sukar untuk kita pilih syarikat yang mana menawarkan perkhidmatan terbaik dan boleh mudahkan urusan bisnes kita.

Sudah berada di dalam industri penghantaran sejak 2013, Lalamove
telah mendominasi industri logistik secara langsung untuk mencari penyelesaian paling inovatif bagi keperluan penghantaran dunia.

Ramai rakan penghantar dan pelanggan telah menggunakan teknologi Lalamove setiap hari untuk berhubung antara satu sama lain dan membuat penghantaran yang penting.

Mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2018, Lalamove juga telah beroperasi di 20 pasaran di seluruh Asia, Amerika Latin dan Amerika Syarikat. Lalamove kini telah memenuhi permintaan lebih daripada seratus ribu pelanggan dan PKS tempatan dengan memberikan perkhidmatan penghantaran yang lebih pantas melalui flit penghantaran motosikal, kereta, van, trak dan lori.

Penghantaran pantas pada masa ini bukan lagi hanya satu keistimewaan bagi industri penghantaran makanan atau eCommerce. Ini kerana, cara penyelesaian penghantaran Lalamove agak fleksibel dan sesuai untuk semua jenis perniagaan.

Lalamove telah menyaksikan pertumbuhan jumlah penghantaran yang sihat dalam kalangan pelanggannya terutamanya perniagaan borong (wholesale) sejak Malaysia menghadapi lockdown pada bulan Mac 2020.

Pesanan penghantaran untuk perniagaan borong yang telah mengatasi jumlah pesanan dalam eCommerce dan perkhidmatan profesional sejak Januari 2021 juga telah mencerminkan keperluan yang semakin meningkat di platform Lalamove untuk penghantaran barang-barang besar yang lebih cepat dan mudah. Menariknya, jumlah penghantaran untuk perniagaan borong di Lalamove adalah yang kedua tertinggi selepas jumlah penghantaran untuk perniagaan F&B!

Kalau korang nak tahu, Lalamove juga menjadi pilihan utama pemilik perniagaan borong, HNY Bundle yang bertapak di Batu Caves.

Sebelum ni, HNY Bundle akan uruskan penghantaran sendiri kepada pelanggan dan cabaran mereka adalah masa yang terhad. Pasti ada sahaja pelanggan yang mengadu dan cancel order. Masalah tu boleh dikatakan masalah utama yang buat diorang rugi sebab tak tahu nak tetapkan harga penghantaran.

Tapi, sejak mereka gunakan servis Lalamove, penghantaran HNY Bundle kini menjadi lebih mudah. Katanya lagi, Lalamove ada sediakan pelbagai pilihan kenderaan untuk penghantaran.

Lalamove turut menyediakan aplikasi mesra pengguna yang menyediakan fungsi penjejakan penghantaran secara real-time. Bukan hanya hantar ke kawasan jauh, malahan Lalamove juga boleh membuat penghantaran sehingga ke tingkat atas sebuah kondo!

HNY Bundle juga menggalakkan mana-mana bisnes owner untuk menggunakan perkhidmatan Lalamove kerana Lalamove menyediakan pelbagai jenis kenderaan penghantaran, dari sekecil-kecil motosikal, sehinggalah sebesar lori 3 tan.

Untuk maklumat korang, Lalamove turut menyediakan promosi terbaru mereka di mana korang boleh tebus promosi penghantaran (diskaun 5x RM8 dengan kod kupon LALASME) sehingga 15 Mei 2021 untuk sebarang penghantaran pukal dengan van Lalamove, 4×4 atau lori. Siapa cepat, dia dapat! Apa tunggu lagi? Jom guna servis Lalamove sekarang.

innity_ord=”ord=[timestamp]”; var innity_nativeAnalytic=innity_nativeAnalytic||{};innity_nativeAnalytic.q=innity_nativeAnalytic.q||[];innity_nativeAnalytic.q.push(function(){innity_nativeAnalytic.track({campaignID:36230,adID:296800,readID:296801,minAttention:10});});

innity_country = “MY”;
innity_path = “/202103_36230/143798/”;
innity_proxy = “proxy_296815”;
innity_ord = “ord=[timestamp]”;


Adib Mohd