Siakap Keli

Pertama Di Negara Ini, Pasangan Badak Air Ini Bakal ‘Disatukan’ Dalam “Wedding Of The Year” Malam Esok

Seperti manusia, haiwan juga cenderung untuk berpasangan. Ia merupakan sifat semula jadi yang sememangnya ada pada setiap makhluk di dunia ini.

Sama juga seperti dua ekor badak air ini yang sememangnya dikenali sebagai pasangan ‘sejoli’.

Menurut Bernama, pasangan badak air yang dinamakan sebagai Jiwang dan Juwita bakal disatukan dalam majlis perkahwinan pertama melibatkan haiwan di negara ini di Sunway Lost World of  Tambun, Perak.

Bukan biasa-biasa, ‘wedding of the year’ itu akan berlangsung pada malam esok yang bertemakan glamor, dongeng dan ala Melayu Tradisional.

Walaupun mustahil untuk kita ketahui sama ada kedua-dua ‘mempelai’ ini gemuruh atau tidak menjelang hari bahagia esok, apa-apa pun sama-samalah kita ucapkan selamat pengantin baru kepada Jiwang dan Juwita.

Semoga ‘kekal sehingga ke anak cucu’.

Sumber: Bernama

Sofea

There's always another side to every story