Siakap Keli
Kredit: Google

Adakah Pakai ‘Lipstick’ Boleh Batalkan Puasa? Ini Penjelasan Mufti WP

Bagi kaum wanita, ‘tidak sah’ kalau tidak menghiaskan diri. Kecantikan dan kekemasan itu dikira satu kemestian bagi mereka. Dalam bab hiasan diri, rata-rata mereka pasti menggunakan gincu dan pelembab bibir.

Bagaimanapun ketika di bulan Ramadan ini, penggunaan gincu di bibir mungkin menimbulkan keraguan serta keraguan; adakah ianya dibolehkan? Tidak ke nanti sebahagian calitan lipstik itu akan terkena lidah?

Huraian bagi persoalan ini telah pun dijawab oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu infografik ringkas baru-baru ini.

Hukum penggunaan gincu dan pelembap bibir ketika berpuasa

Daripada Ibn ‘Abbas RA:

“Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya selagi tidak memasuki tekak dan dia sedang berpuasa,” (riwayat Ibn Abi Syaibah: 9277)

Berdasarkan huraian Pejabat Mufti WP, ulama mazhab Syafie menjelaskan bahawa perbuatan merasa makanan dengan lidah hukumnya makruh kerana dikhuatiri tertelan dan masuk ke dalam rongga (rujuk kitab Busyra al-Karim).

Kesimpulannya berkenaan isu ini, hukum memakai gincu di siang Ramadan adalah makruh dan tidak membatalkan puasa, sekiranya gincu itu tidak tertelan ke dalam rongga.

Bagaimanapun, memakai gincu untuk memperlihatkannya kepada orang ramai dalam keadaan berlebih-lebihan (tabarruj) adalah tidak digalakkan dalam Islam. Namun, ianya masih dibenarkan jika hanya untuk suami.

Bagi bacaan penuh, boleh rujuk ke artikel Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan #75: Hukum Penggunaan ‘Lipstik’ Ketika Berpuasa di pautan INI.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'