Siakap Keli
Gambar: Facebook

Netizen Kongsi Gambar Dipercayai Di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, Dari Khemah Solat Terawih Bertukar Jadi Khemah “Swab Test” COVID-19

Hari ini ‘gempar’ di media sosial apabila ramai netizen khususnya rakyat Kelantan saling berkongsi foto-foto memaparkan situasi didakwa aktiviti ujian saringan swab di sebuah lokasi di negeri itu.

Sekali pandang, mungkin nampak macam suasana biasa saringan swab. Ada orang beratur panjang, ada petugas kesihatan memakai alat perlindungan diri (PPE), ada yang membuat ujian saringan. Pendek kata, macam biasalah.

Namun apa yang menarik perhatian umumnya ialah lokasinya. Berdasarkan kenyataan beberapa orang awam serta laman Facebook komuniti, dikatakan lokasi aktiviti ujian saringan itu sebenarnya adalah tapak asal solat tarawih.

Stadium Sultan Muhammad IV, dari saf solat tarawih ke medan ‘penentuan nyawa’

Menurut perkongsian netizen di fb, perkarangan stadium warisan negeri ‘Serambi Mekah’ iaitu Stadium Sultan Muhammad IV itu pada awalnya dirancang menjadi ruang saf aktiviti ibadah solat tarawih.

Bukan tahun ini sahaja, malah selama bertahun-tahun sebelum ini pun, ruang stadium berkenaan memang menjadi pusat aktiviti utama rakyat Kelantan seperti solat tarawih, ceramah agama, himpunan ilmu dan sebagainya.

Namun kemeriahan Ramadan di negeri ini pada kali ini sedikit berubah. Tiada lagi masjid dan surau yang ‘hidup’ apabila kesemua institusi solat tersebut diarah tutup semalam, ekoran kadar jangkitan COVID-19 yang dipercayai semakin meningkat.

Tidak sampai 24 jam rakyat Kelantan terpaksa berlapang dada menerima keputusan tersebut, kini stadium yang sepatutnya menjadi saf solat tarawih telah ditukar statusnya menjadi pusat saringan COVID-19.

Info ini saling dikongsikan oleh netizen di sana, antaranya ialah laman Facebook komuniti Kelantan State, Kelantan Inside dan seorang orang awam bernama Azizul Hakim di Facebook peribadinya.

Perkongsian daripada laman Facebook Kelantan State

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Perkongsian daripada laman Facebook Kelantan Inside

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Perkongsian daripada Azizul Hakim

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Semoga rakyat Kelantan diberi ketabahan untuk menempuhi ujian ini. InsyaAllah segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang kita mungkin tidak tahu.

Salam Ramadan Kareem, selamat berbuka puasa.

Sumber: Kelantan State / Kelantan Inside / Azizul Hakim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'