Siakap Keli

Kos Tak Sampai RM350, Lelaki ‘Transform’ Pagar Jadi Lebih Privasi & Nampak Mewah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kenapa perlu berbelanja beribu ringgit, kalau produk yang seakan serupa boleh didapati pada harga ratusan ringgit? Murah tak semestinya tak berkualiti. Selagi ia boleh mencapai matlamat asal, apa salahnya membuat pilihan yang lebih jimat.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi tips untuk mengubahsuai pagar rumah dengan kos sekitar RM350 sahaja. Menurut Muhammad Faizal, dia memerlukan masa selama tiga hari untuk menyiapkan pagar itu bagi memberi privasi kepada keluarga.

Katanya, semuanya dilakukan sendiri berbekalkan kemahiran hidup yang dipelajari di sekolah. Nak tahu apa peralatan dan bahan digunakan untuk hasilkan pagar RM3k dengan kos sekitar RM350 sahaja? Jom baca.

Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY. Asalnya nk tukar tapi bila pikir balik kos dalam 3-4k jugak.

Dengan bantuan skil tukang masa belajar kemahiran hidup di sekolah maka terhasil la nya. Kos RM350 ada balance. Misi utama untuk tertutup supaya lebih privasi. Terus nampak pagar berharga RM3k. haha

Bahan-Bahan

-Shera plank(cement board)-15 keping rm16/pcs(size 15cmx3m)
-Sealer (undercoat)1L-rm25
-Jotun pain water base kilat 2L-Rm35/L
-Jotun cat minyak utk besi 1L-Rm30
-Grinder
-Apit G
-Screw besi
-Cordless Battery Drill
-Sesiku L

Shera plank memang tahan hujan panas sebab jenis cement board.Bukan besi or kayu.
Sonyum lebar my wife

Gambar: Muhammad Faizal
Gambar: Muhammad Faizal
Gambar: Muhammad Faizal
Gambar: Muhammad Faizal
Gambar: Muhammad Faizal
Gambar: Muhammad Faizal

Boleh dapatkan cement board seperti dalam gambar di SINI.

Gambar: Muhammad Faizal
Gambar: Muhammad Faizal
Gambar: Muhammad Faizal

Sumber: Muhammad Faizal

Amira

Love yourself.