Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

(Video) Lebih Mudah Buang ‘Urat Najis’ Udang Dengan Cara Ni, Tak Perlu Belah Belakang

Mesti ramai daripada kita yang suka makan udang kan. Tapi mungkin ramai yang tak tahu di mana terletaknya najis hidupan laut ini dan hanya masak sahaja udang secara utuh.

Macam-macam tutorial siang udang yang boleh kita jumpa di media sosial.

Ada yang kata kena potong dulu bahagian belakang baru keluarkan urat najis, ada pula yang cucuk guna lidi, kemudian tarik keluar urat najis udang tersebut.

Tahukah anda, ada cara yang lagi senang nak bersihkan najis udang?

Video yang diunggah oleh akaun TikTok @chapuchin_ceklat ini mendapat 444.2 ribu tontonan dan 14.9 ribu sukaan setakat ini.

Cara mudah itu dikongsikan dengan hanya menggunting bahagian kepala udang sebelum memicitnya sehingga keluar kotoran. Kemudian hanya perlu tarik bersama urat najis udang tersebut dan siap. Dengan kaedah ini, sudah tidak perlu untuk membelah di bahagian belakang udang untuk membuang urat najis udang.

Mari kita ikuti video cara mudah buang najis udang di bawah ini.

@chapuchin_ceklat

Tahun 2021 baru tau cara buang taik udang. Anjirrrr 🦐 🥲 #fyp

♬ Terpesona sama kamu – iam.moon:)

Sumber: TikTok @chapuchin_ceklat

Nak kupas kulit udang sekali boleh beli pengupas udang disini

Eyla Azri