Siakap Keli

Malaysia Sudah Sampai, MV Mega Bakti Milik TLDM Selamat Tiba Di Lokasi Pencarian KRI Nanggala 402

Laman Twitter RMN Subforce telah mengesahkan bahawa kapal penyelamat kapal selam, MV Mega Bakti telah selamat sampai di lokasi pencarian KRI Nanggala-402. Menurut RMN< kapal MV Mega Bakti sampai 3 jam 45 minit lebih awal seperti yang dijadualkan.

“Mega Bakti Tiba Di Lokasi Bersedia Hulur Bantuan”, itulah cogan kata yang tersemat di dada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam operasi ini. Semoga urusan mereka dipermudahkan.

KRI Nanggala 402 dilaporkan hilang pada rabu dan sehingga kini pihak berkuasa telah menemui beberapa bahan bukti yang menunjukkan kapal selam ini telah tenggelam ke dasar laut.

Mega Bakti akan memulakan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja selepas menerima taklimat dari OSC Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut.

Sumber: RMN Subforce

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)