Siakap Keli

‘Buaya’ China Berjaya Ditahan, Didakwa Bercinta & Kikis Harta Puluhan Wanita

CHINA- Seorang lelaki bernama Zhang Nan bermadu kasih dengan puluhan wanita dan waktu yang sama. Dia juga menipu mereka hingga jutaan dolar selama dua tahun.

Seorang wanita membuat laporan di pejabat polis di Zhengzhou, Provinsi Henan, China mengenai kes penipuan lebih dari 9 juta yuan (lebih RM 5 juta) yang dilakukan oleh kekasihnya.

Zhang Li (nama samaran) mengatakan pada polis bahawa dia telah berkenalan dengan si penipu itu di tempat cuci kereta dan saling mencintai.

Strategi dimulai dengan drama, apabila Zhang Nan mengeluh dan mengatakan ayahnya sebagai pengurus sebuh bank dituduh melakukan rasuah dan memerlukan sejumlah wang untuk menafikan tuduhan itu.

Tanpa ragu, Zhang menolong kekasihnya hinggakan membolehkan lelaki itu memiliki kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini atau Porshe.

Selain itu, lelaki ini memberitahu kekasihnya untuk memberikan beberapa hadiah mahal bagi promosi jawatan. Wanita inipun membuat transaksi lebih tiga juta yuan ke akaun Zhang Nan.

Zhang Li terlewat menyedari tipu helah kekasihnya apabila dai telah menghabiskan duit tersebut dengan membeli kereta mewah, judi, bercuti dan berpesta.

Selama siasatan, polis turut menemui mangsa yang lain iaitu wanita yang disebut sebagai Li Min. Dilaporkan, dia berjumpa dengan Zhang Nan pada tahun 2019.

Pada awalnya, Nan memberikan duit kepada Li Min. Dia juga mengaku mempunyai keluarga yang kaya, ayah dikatakan bekerja dibawah kerajaan dan mereka mempunyai perniagaan di seluruh dunia.

Nan kononnya membuktikan cintanya dengan meletakkan nama Li Min sebagai penama, namun ianya merupakan geran palsu.

Selain itu juga, Zhang dikatakan menyuruhnya menjual kereta beralasan ‘terlalu banyak’. Zhang kemudian meminta 2,00 000 yuan untuk pelaburan perniagaan yang menguntungkan.

Pada Mei tahun lalu, barulah Li Min menyedari dirinya ditipu ketika menerima panggilan dari waita lain. Mereka juga mengaku sebagai kekasih Zhang Nan. Lebih mengejutkan, mereka tinggal di bangunan yang sama.

Akhirnya, mereka bersetuju untuk berjumpa dan terdapat ketibaan wanita ketiga dibangunan itu. Polis berjaya menangkap playboy itu dan dia membuat pengakuan menipu setidaknya 20 wanita selama dua tahun terakhir.

Sumber: Suara.com

Atiqah Aliah