Siakap Keli
Gambar via @ashaanuar

(Video) Hanya Guna 4 Bahan, Resipi ‘Air 3 Benua’ Jadi Tular Dengan 35k Perkongsian, Boleh Cuba Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bulan puasa ni, bila dengar saja azan maghrib, mesti cari air dulu kan. Setelah seharian berpuasa, dahaga tu kadang-kadang tak boleh bawa bincang.

Oleh itu, bermacam-macam juga resepi minuman ‘viral’ yang muncul di sosial media setiap kali bulan Ramadhan. Salah satunya “Air 3 Benua”.

Resepi minuman dengan bahan-bahan ringkas ini dikongsi oleh pemilik akaun Asha Anuar di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) dan mendapat lebih 35 ribu perkongsian.

Resepi ini juga mendapat 1.7 juta tontonan dan 66.7 ribu sukaan di TikTok.

Mari kita ikuti resepi “Air 3 Benua” yang mudah dan ringkas ini.

Air 3 benua
1 tin laici
1 tin buah campur
1 tin susu cair
Sprite

Boleh tengok video di bawah untuk cara penyediaan Air 3 Benua ini. Selamat mencuba!

@ashaanuar

air tiga benua

♬ bunyi asal – Lagu Raya – Raya_Je😍

Sumber: Facebook Asha Anuar, TikTok @ashaanuar

Eyla Azri