Siakap Keli
Gambar Via Nurul Akmar

Potong ‘Mood’ Nak Sahur, Nasi Ditanak Akak Ini Bertukar Warna Gara-gara Periuk Buat Hal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekejap saja masa berlalu, sudah masuk hari ke-15 kita semua menjalani ibadah puasa. Sepanjang tempoh ini, pasti sudah banyak resepi-resepi lauk yang dimasak untuk berbuka puasa dan bersahur.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang tidak semua akan berhasil dengan sempurna. Hidangan yang biasanya dibuat menjadi, tiba-tiba tidak menjadi pula di bulan ini.

Tidak cuma itu, insiden terlupa untuk membuka suis periuk nasi atau menekan punatnya ke bawah juga sering berlaku. Ia boleh menimbulkan ‘kemarahan’ terutama apabila tibanya waktu berbuka puasa.

Bila ia terjadi, perasaan geram bercampur lapar juga pastinya datang membuak-buak.

Tetapi, berbeza pula dengan ‘kejadian’ yang berlaku pada Nurul Akmar ini yang nyata buntu melihat ‘nasib yang menimpa’ nasi yang dimasaknya untuk bersahur.

Menerusi perkongsiannya di Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, dia menunjukkan nasinya yang bertukar warna dan berkerak.

Tiba-tiba periuk buat hal pulak pagi sahor ni. Masak nasi sebelum tido, bangun pagi tengok bertukar color pulak, haishh. Marah  takleh balik kampung ke?

Menurutnya, periuk itu tidak rosak dan baik-baik sahaja.  Punca ia jadi sebegitu tidak diketahui.

Pun begitu, ia tidak menghalangnya untuk memasak nasi baharu menggunakan periuk lain dan menyediakan hidangan lauk yang lazat untuk anaknya.

“Kelam kabut juga lah nak masak nasi semula, dah lah janji dengan anak sulung dia nak sahur lauk ayam percik,” katanya ketika dihubungi SK.

Tambahnya, dia juga pelik kenapa tiba-tiba ia berlaku kerana periuk nasi itu telahpun digunakan untuk memasak nasi ketika berbuka puasa dan ia baik-baik sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menyamakan nasi berkerak itu seperti lauk dan kuih-muih. Maklumlah, bulan puasa ini macam-macam makanan boleh terbayang.

Sumber: Nurul Akmar

Sofea

There's always another side to every story