Setiap kali nak nak dekat raya, aktiviti wajib yang mesti dibuat oleh mana-mana rumah adalah menukar sarung kusyen, alas meja dan langsir. Emak-emak memang dah cukup hadam dah kerja ni.
Biasanya anak-anak perempuan kena tolong mak buat kuih raya kat dapur, manakala anak bujang pulak kena tolong tukar langsir. Kalau nak tukar langsir pulak, mesti kena buka dulu besi pencangkuk langsir. ‘Part’ ni yang memang menguji kesabaran sebab susah.
Tahukah korang, sebenarnya buka besi cangkuk langsir ni takdalah susah mana pun, cuma kadang-kadang kita je yang tersilap rupanya. Macam mana boleh tersilap tu?
Jom ikuti perkongsian oleh warga ahli Kelab Kaki Deko, Mea Edie di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Besi cangkuk langsir, sama tapi tak serupa

Dah nak raya ni, kot-kot ada yang dah lupa atau tak tahu lagi, saya reshare semula.
No. 1: untuk day curtain (railing belakang)
No. 2: untuk night curtain (railing depan)
Fungsi no. 1: supaya langsir tidak tersangkut pada braket railing
Fungsi no. 2: untuk menutup railing
Nampak sama tapi tak serupa. Untuk pengguna double railing pastikan guna cangkuk yang betul.
Rujuk gambar di ruangan komen. Sekian. Sharing is caring.

Sumber: Mea Edie melalui Kelab Kaki Deko