Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Ingat Sama Tapi Tidak, Ini Beza Susu UHT & Pasteurized

Beza Susu UHT & Pasteurized
Kredit: Threads @zainijasni711
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ramai Ingat Sama Tapi Tidak, Ini Beza Susu UHT & Pasteurized

Tidak dinafikan, susu memberikan banyak manfaat khususnya untuk kepentingan tulang manusia.

Disebabkan itu, pelbagai jenis susu dengan variasi jenama banyak di jual di pasaran sekarang.

Setiap kali pergi ke pasar raya, pastinya banyak produk termasuk susu kotak diletakkan di rak mahupun chiller.

Tapi pernah tak anda terfikir kenapa ada yang diletakkan di tempat sejuk dan ada yang diletakkan di luar sahaja?

Tengok Kotak Sama, Tapi Sebenarnya Tak..

Kredit: Threads @zainijasni711

Satu boleh duduk rak biasa, satu lagi kena duduk peti sejuk. Ini sebenarnya beza utama susu kotak yang orang selalu keliru.

Susu UHT

Ini susu yang dipanaskan pada suhu sangat tinggi sekejap untuk bunuh kuman, lepas tu terus pack kedap.

Sebab tu dia boleh duduk luar peti ais selagi belum buka.

Kelebihan dia

  • Expired lambat

  • Senang simpan, sesuai standby rumah

  • Sesuai kalau jenis jarang minum susu hari-hari

  • Bila dah buka, tetap kena masuk peti sejuk. Jangan tinggal luar

Susu Pasteurized

Ini susu yang dipanaskan pada suhu lebih rendah berbanding UHT. Dia masih selamat, cuma umur dia pendek.

Sebab tu dia kena duduk dalam chiller dari awal.

Kelebihan

  • Rasa biasanya lebih fresh dan creamy

  • Ramai suka buat coffee, cereal, atau minum terus sebab rasa dia lebih sedap

Kekurangan

  • Expired cepat

  • Kalau terbiar luar lama, cepat rosak

Perbezaan Utama

Kredit: Dr. Suriyakhatun

Nutrisi

  • Protein, lemak, kalsium, laktosa → Hampir sama untuk kedua-duanya

  • Vitamin B2, B12, C & komponen bioaktif (enzim, immunoglobulin) → Sedikit lebih tinggi dalam susu pasteurized (kerana suhu UHT lebih panas}

  • Vitamin A, D, E, K → Sama

Proses Pemprosesan

  • UHT → Dipanaskan 135–150 °C selama 2–5 saat (steril sepenuhnya)

  • Pasteurized → Dipanaskan 72 °C selama 15 saat atau 63 °C selama 30 minit

Kredit: Threads @zainijasni711

Jangka Hayat

  • UHT → 6–9 bulan (tanpa peti sejuk sebelum dibuka)

  • Pasteurized → 7–21 hari (mesti disimpan sejuk 4 °C)

Rasa

  • UHT → Kadang-kadang ada rasa sedikit “masak” atau caramelized

  • Pasteurized → Rasa lebih segar dan natural

Kenapa dua-dua boleh tulis fresh milk tapi tempat letak lain?

Sebab fresh milk tu maksudnya 100% susu lembu, bukan semestinya cara proses sama.

Yang membezakan adalah proses dia. UHT duduk rak biasa sementara Pasteurized duduk rak sejuk.

Kalau boleh duduk rak biasa, akan nampak perkataan UHT atau ultra high temperature. Biasanya ada ayat store in a cool dry place sebelum dibuka.

Kalau wajib peti sejuk, akan nampak pasteurised atau keep refrigerated. Selalunya label ada use by dan tarikh dia dekat.

Pasal full cream pula maksudnya kandungan lemak susu lebih tinggi, rasa lebih lemak dan pekat.

Tapi full cream boleh jadi UHT atau pasteurised juga. Jadi jangan confuse.

Senang menunjukkan begini, Nak tahan lama dan mudah simpan, ambil UHT. Nak rasa paling sedap dan kau memang minum selalu, ambil pasteurized.