Siakap Keli
Gambar: Mohd Safwan Mansor via Bernama

“Jasamu Tetap Dikenang,” Reaksi Tan Sri Abdul Hamid Bador Pada Sidang Media Tadi, Warganet Banjiri Ucapan Terima Kasih

Umum telah mengetahui bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menamatkan perkhidmatannya daripada menyandang jawatan tersebut pada 3 Mei ini.

Selepas dua tahun menggalas jawatan tersebut, tempatnya itu akan digantikan oleh Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang menerima Surat Pelantikan Ketua Polis Negara Ke-13 di Kementerian Dalam negeri hari ini.

Susulan daripada itu, melalui perkongsian yang dilakukan di Facebook Bernama, beliau dilihat tidak dapat menahan emosi apabila mengesat air matanya ketika berucap dalam sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Gambar: Mohd Safwan Mansor via Bernama
Gambar: Mohd Safwan Mansor via Bernama

Warganet yang melihat perkongsian oleh Bernama itu juga turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Hamid bador.

Reaksi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari…

Posted by BERNAMA on Friday, April 30, 2021

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.