Siakap Keli

Lima Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Pakistan

ISLAMABAD, 30 April – Sekurang-kurangnya lima termasuk empat wanita terbunuh dalam satu kejadian tembakan di daerah Nowshera, di wilayah Khyber Pakhttunkhwa di barat laut Pakistan, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik media tempatan.

Memetik sumber polis, beberapa lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke rumah mangsa yang terletak di pusat bandar daerah itu sebelum melarikan diri.

Polis sedang memburu penjenayah itu dan kejadian mungkin berpunca daripada masalah peribadi, tetapi tidak menolak kemungkinan serangan pengganas dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Tiada kumpulan atau individu yang mengaku terlibat dengan serangan itu.

Seorang lelaki turut cedera parah dalam serangan itu.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang