Siakap Keli

“Makan Pun Takut-takut,” Muka Macam Melayu, Lelaki India ‘Terpaksa’ Letak IC Atas Meja Makan Depan Orang Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lumrah hidup dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama, sikap toleransi menjadi ‘tiang’ utama yang mengukuhkan keharmonian negara.

Disebabkan itu juga, ramai yang tidak ‘kekok’ untuk berkawan dengan individu dari bangsa lain dan saling memahami perbezaan masing-masing termasuk apabila tibanya bulan ramadan.

Bercakap mengenai perkara tersebut, pasti ramai juga yang mempunyai kawan bukan Islam, tetapi wajahnya seperti orang Melayu. Terkadang, ia boleh ‘mengelirukan’ terutama ketika bulan puasa.

Manakan tidak, pasti ramai yang akan ‘menjeling tajam’ apabila melihat individu tersebut menikmati makanan di tempat awam.

Seperti yang dialami oleh lelaki ini yang bukan beragama Islam tetapi berwajah Melayu dan sedang makan di sebuah restoran.

Menerusi video yang dimuatnaik  oleh Nick Sohide di TikTok itu, rakannya yang dipercayai berbangsa India meletakkan kad pengenalan di atas meja kerana takut disalah erti.

Makan pun takut-takut, siap letak IC

@nick_sohide

Si kawan!……

♬ Laughing – Gianluca Marino

Menurut Nick, mereka ketika itu sedang membeli-belah dan berehat sebentar di sebuah restoran. Rakannya dikatakan sudah tidak tahan lapar dan membuat keputusan untuk makan di restoran itu.

Walau bagaimanapun, tindakannya yang meletakkan kad pengenalan di sisi menarik perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat situasi tersebut dan ada yang memujinya kerana menghormati agama Islam.

Sumber: Nick_sohide

BACA: Anak-anak Pasti Suka, Empat Menu ‘Wrap’ Ni Sesuai Buat Bekal Anak Sekolah

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.