Siakap Keli
Kredit: Google

“Sakit Hati Allah Je Tahu”, Wanita Dakwa Duit Dalam Bank Lesap Gara-gara Panik & Bagi “TAC Code” Kepada “Scammer”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Zaman sekarang ni bermacam-macam ancaman jenayah yang kita kena berjaga-jaga. Penjenayah sekarang sudah makin licik. Teknologi kat hujung jari kan? Mana tak senang-senang je buat ‘kerja’.

Selain daripada jenayah fizikal seperti samun, rogol, bunuh, culik dan sebagainya, jenayah dalam talian pun kita kena berwaspada juga. Antara jenayah dalam talian yang paling ‘panas’ berlaku ialah ‘scammer’.

Banyak cara ‘scammer’ ni nak curi data peribadi dan duit orang. Daripada melalui akaun peribadi media sosial yang diciplak, hinggalah ke akaun bank simpanan sendiri.

Baru-baru ini, warga Twitter Nuha Kaya berkongsi pengalaman hitamnya apabila mendakwa dia terpedaya dengan umpan ‘scammer’. Hanya kerana TAC Code, duitnya terbang melayang. Kali ini modus operandi mereka adalah menggunakan pautan bank online mangsa. Jom ikuti dedahan ini.

 

Bijak betul ‘scammer’ ni. Dia hantar SMS pada waktu tengah malam, automatik mangsa jadi panik.

Hati-hati, paparannya dengan bank sebenar memang hampir serupa.

Kat sinilah ramai terperangkap, apabila mereka memberikan TAC Code macam yang dihantar.

Sepantas kilat, sekilas lalu, duit dalam akaun boleh lesap serta-merta.

Berpesan-pesanlah kepada ahli keluarga, jangan cepat terpedaya dengan mereka ini.

Apa nak buat? Korang boleh hubungi bank terus dan laporkan kejadian yang berlaku.

Jangan lupa, korang boleh terus ke balai polis untuk buat laporan.

Kenapa kena ‘report’ ke bank? Ini jawapannya.

 

Sumber: Twitter Nuha Kaya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'