Siakap Keli

(Video) Ini Tiga Langkah Mudah Tangkap Gambar Bagi Nampak Titisan Hujan

Tidak seperti dulu, lambakan telefon pintar pada masa kini memperlihatkan pelbagai ciri-ciri yang memudahkan pengguna terutama pada kameranya.

Manakan tidak, kebanyakan kamera pada telefon pintar mempunyai fungsi yang canggih dan advance untuk memberikan pengalaman menangkap gambar yang sempurna buat pengguna.

Pun begitu, sebenarnya ramai yang tidak ‘meneroka’ kamera yang ada pada telefon masing-masing dengan sepenuhnya. Jika menggunakan teknik yang betul, anda mungkin boleh mendapatkan gambar yang setanding dengan gambar yang diambil dari kamera kompak dan DSLR.

Tetapi tidak mengapa, anda masih boleh lagi mempelajari fungsi-fungsi yang ada pada kamera itu.

Mungkin anda boleh mulakan dengan mengambil pemandangan seperti yang dikongsikan oleh Iwan Pauzi di TikTok ini.

Menerusi perkongsiannya, dia menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan gambar yang menampakkan titisan hujan.

Cuma tiga langkah sahaja dengan menggunakan pro mode, anda boleh mendapatkan hasil yang memuaskan.

Oh ya sebelum itu, teknik menggunakan pro mode ini hanya untuk pengguna telefon Android sahaja.

Jom tengok cara dan hasilnya di bawah ini:

  1. Pergi ke pro mode
  2. Buat tetapan s 1/4000 atau paling tinggi, Iso 1250 atau ikut kesesuaian
  3. Snap gambar
@iwanpauzi_

Day 18: Snap hujan #30daystutorialchallenge #ramadhan2021 #mobilegraphy #photography #fyp

♬ It Will Rain Cover – Francis Greg

Sumber: TikTok IwanPauzi_

Sofea

There's always another side to every story