Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Mendebarkan, Detik-Detik Cemas Kolam Renang 75 Kaki Runtuh, Penduduk Dakwa Ada Bau Gas

Sebuah kolam renang dilaporkan runtuh pada 22 April lalu di sebuah kondominium di Brazil, lapor Daily Mail.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan lantai kolam sepanjang 75 kaki itu secara tiba-tiba runtuh dan ‘menghempas’ ruang garaj yang terletak di bawah kolam tersebut.

Susulan kejadian itu, seramai 270 penghuni yang terjejas telah dipindahkan ke hotel berhampiran tanpa sebarang bayaran.

Beberapa penghuni kondominium itu mendakwa terdapat bau gas yang kuat datang daripada kolam renang berkenaan.

“Kami dengar bunyi kuat. Tanpa membuang masa, kami cuba mencari punca apakah yang berlaku,” kata salah seorang penduduk.

“Kami ke balkoni dan terlihat banyak air keluar daripada bangunan dan turun dengan cepat,” tambahnya.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan manakala para penghuni dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas jurutera menjalankan pemeriksaan dan memastikan tiada kerosakan struktur pada bangunan berkenaan.

Lapor Daily Mail, kolam berkenaan pernah ditutup selama sekurang-kurangnya tiga bulan pada tahun 2020 disebabkan kebocoran.

Berikut merupakan rakaman CCTV ketika detik kejadian.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.