Siakap Keli
Gambar: @iwanpauzi_

(Video) Selalu Gambar Jadi Gelap, Lelaki Ni Ajar Cara Mudah Ambil Gambar Guna Teknik Silhouette, Bertentang Matahari

Seseorang yang mempunyai skil mengambil gambar yang tinggi pasti akan menjadi orang yang dicari-cari saat momen-momen indah ingin diabadikan di dalam kamera. Hanya dengan menggunakan kamera di telefon pintar dan beberapa aplikasi yang sesuai, mereka mampu menghasilkan gambar yang persis seperti jurugambar profesional.

Skil ini mudah sahaja diaplikasikan oleh sesiapa asalkan mereka tahu tips dan teknik yang sesuai. Kini sudah ramai yang berkongsikan pelbagai tips berkaitan penggunaan kamera, aplikasi dan sebagainya dalam media sosial.

Antara akaun media sosial Tiktok yang menjadi tumpuan kini ialah @iwanpauzi_ yang telah mencecah 100k lebih pengikut. Postingnya pada hari ke-7 terakhir Ramadan telah mencapai 1.2m viewer.

Ikuti teknik silhouette yang dikongsi olehnya di bawah:

“Function ke kalau amek gambar bertentangan matahari?”

“Subject kita kan jadi gelap nanti, pastu buat apa amek gambar kalau tak nampak subject? hmm”

“Dalam photography orang panggil teknik ni as ‘silhouette’ “

“So, kita letak la subject kita tu dekat gridline bawah tu”

“Then kita turunkan sikit camera kita, nak bagi nampak lompatan subject kita tu lagi tinggi.”

“Pastu kita pun mintak dia lompat”

“Kita pun burst la sebab subject kita tu bergerak, so nanti kita boleh pilih, part lompat yang paling nais”

“Result”

@iwanpauzi_

Day 7: Silhouette ft @gkzla #30daystutorialchallenge #mobilegraphy #ramadhan2021 #fyp

♬ After School – Weeekly (위클리)

Dah tahu teknik ni, bolehlah cuba ikut nanti. Selamat mencuba..

Sumber: @iwanpauzi_

Nurul Nabila