Siakap Keli
Gambar via Youtube: Syahman Abu Hasan

(Video) Kalau Air Dari Tangki ‘Flush’ Tak Berhenti, Kena Tukar Benda Ni, Lelaki Ini Tunjuk Caranya ‘Step By Step’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tangki flush yang bocor pasti akan menyebabkan air melimpah ruah keluar dari ruang tangki tandas. Perkara ini memang akan merisaukan penghuni rumah sekiranya tiada peralatan yang sesuai untuk membaikinya. Begitu juga jika tiada orang yang mahir untuk membaikinya, baik lelaki mahupun wanita.

Tahukah anda, tangki flush ini boleh dibaiki secara DIY sahaja tanpa perlu memanggil tukang repair. Secara tidak langsung, lebih jimat duit anda sebab tak perlu bayar cas yang dikenakan nanti.

Seperti yang dimaklumkan oleh Encik Syahman di laman Youtube, komponen yang perlu ditukar adalah set batang di dalam tangki tersebut.

Tambahnya, peralatan itu boleh didapatkan di kedai hardware ataupun Mr. DIY.

Fungsi bagi peralatan ini adalah seperti di dalam gambar di bawah. Kebiasaannya, masalah air sentiasa keluar dari tangki flush adalah disebabkan oleh getah yang terdapat di dalamnya.

Jadi, jom ikuti perkongsian oleh Encik Syahman Abu Hasan yang dimuat naik pada laman Youtube ini untuk mengetahui cara untuk menukar set batang tersebut.

Jika bermanfaat, kongsikan ilmu ini pada kenalan dan keluarga anda.

Sumber: Syahman Abu Hasan

Nurul Nabila