Skechers Malaysia memperkenalkan koleksi kasut terbaharu, Skechers Hands Free Slip-ins: GOwalk Glide-Step 2.0, yang menawarkan teknologi keselesaan dipertingkat serta reka bentuk sesuai untuk kegunaan harian pada harga RM479 sepasang.
Menurut kenyataan Skechers, koleksi yang dilancarkan pada 19 Oktober itu hadir dengan tujuh pilihan warna, masing-masing empat untuk lelaki dan tiga bagi wanita.
Koleksi berkenaan mengekalkan teknologi Hands Free Slip-ins yang membolehkan pengguna memakai kasut dengan mudah tanpa perlu menggunakan tangan, selain dilengkapi Heel Pillow bagi memberikan sokongan dan keselesaan pada bahagian tumit.
Kasut itu turut menggunakan tapak tengah berstruktur geometri Glide-Step yang direka bagi menyokong pergerakan semula jadi ketika berjalan, bersama teknologi kusyen ULTRA GO yang ringan dan responsif.
Selain itu, pelapik dalaman Skechers Air-Cooled Goga Mat menawarkan pengudaraan serta kusyen berdaya lantunan tinggi untuk meningkatkan keselesaan sepanjang pemakaian.
Bagi versi terbaharu ini, Skechers turut memperkenalkan teknologi kusyen Soft Stride yang menggunakan bahan buih ultra ringan, digabungkan dengan tapak luar fleksibel bagi memberikan cengkaman serta kestabilan ketika bergerak.
Bahagian atas kasut menggunakan material jejaring dengan tali elastik dan teknologi No Tie Fit yang membolehkan pemakaian lebih fleksibel tanpa perlu mengikat tali kasut.
Menurut Skechers, kasut berkenaan dihasilkan sepenuhnya daripada bahan vegan dan boleh dibasuh menggunakan mesin basuh bagi memudahkan penjagaan.
Bagi koleksi wanita, tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Black White, Light Mauve dan White Light Blue, manakala koleksi lelaki hadir dalam warna Black White, Navy Blue, Taupe dan White Grey.
Koleksi GOwalk Glide-Step 2.0 boleh didapati di kedai Skechers Concept terpilih di seluruh negara termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan The Exchange TRX.
Pengguna juga boleh mendapatkan koleksi berkenaan menerusi laman web rasmi Skechers Malaysia di www.skechers.com.my.
Dalam perkembangan berkaitan, Skechers turut memperkenalkan video kempen terbaharu yang menampilkan tiga anggota kumpulan K-pop SEVENTEEN, iaitu DK, SEUNGKWAN dan DINO, selaku duta jenama serantau.
Menerusi kempen bertemakan Skechers Moves with You, ketiga-tiga artis itu mengetengahkan gaya pergerakan berbeza bagi memperlihatkan kepelbagaian kasut Skechers dalam memenuhi keperluan pengguna.
SEUNGKWAN tampil memperagakan GOwalk Glide-Step 2.0 dengan konsep Move with Ease yang menonjolkan kemudahan pemakaian serta keselesaan kasut berkenaan.
Sementara itu, DK memperagakan model Max Run menerusi konsep Move with Comfort, manakala DINO mengetengahkan gaya Move with Rhythm menggunakan Skechers Hands Free Slip-ins: Court Classics Hotshot.
Kempen tersebut menekankan keselesaan dan fleksibiliti kasut Skechers dalam menyokong pelbagai aktiviti serta gaya hidup pengguna sepanjang hari.

