Siakap Keli
Gambar: Tajul Official

“Bini Aku Tarik Time Contraction,” Kepala Terkehel, Tajul Luah Rasa Syukur Isteri Selamat Bersalin, Dapat Anak Lelaki

Penyanyi, Tajul Arif atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor bin Md. Shari kini selamat menimang cahaya mata keduanya bersama isteri, Nurul Shamieza Eddie pada petang semalam.

Kongsinya melalui laman Instagram, bayi lelaki itu selamat dilahirkan dengan berat 3 kilogram secara normal di sebuah hospital di Kajang.

“Alhamdulillah, berkat doa korang semua, tak sampai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room isteri Tajul dah selamat bersalin dengan normal. Berat anak 3 kg, bayi lelaki,” tulisnya.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata sebelum ini bernama Adriana Carissa.

“Sepasang dah dapat. Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik masa kontraksi dia tengah kuat. Nasib baik masih selamat. Tengok gambar tepi. Nama baby nanti Tajul akan umumkan.”

Sumber: Tajul Official

Amira

Love yourself.