Siakap Keli
GAMBAR CONTOH

“Isteri & Anak-anak Hanya Mampu Terduduk”, Hanya Sehelai Sepinggang, Suami Meninggal Dunia Tak ‘Tinggal’ Apa-apa

 



Malang itu memang tidak berbau. Sudin, seorang kerani di sebuah syarikat swasta terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja. Dia ‘pergi’ meninggalkan tiga anaknya yang masih kecil. Dengan gaji hanya RM2,000 sebulan, berapalah sahaja wang simpanan yang ada.

Sementara itu pemandu e-hailing Grab, Ah Seng pula meninggal dunia akibat strok. Namun lebih menyedihkan, dia tiada sebarang pelan perlindungan diri sepanjang hayatnya. Akhirnya, isteri dan anak-anak hanya mampu terduduk dan merenung nasib, mengenangkan punca pendapatan mereka kini sudah tiada. Terpaksalah mereka tebalkan muka meminjam wang daripada saudara-mara.

Dalam masa yang sama, setelah lima bulan tidak bekerja di kilang akibat bertarung nyawa diserang kanser paru-paru tahap akhir, Sathia akhirnya ‘gugur’ dan pergi buat selamanya. Selama ini, dengan gaji kecil itulah dia menyara isteri dan anak-anaknya. Kini, segalanya sudah tidak bermakna lagi.

Kes-kes sebegini sebenarnya bukanlah satu mitos, tetapi ia adalah realiti kehidupan masa kini. Ramai antara kita mungkin belum bersedia untuk sebarang musibah yang berlaku di luar jangkaan kita.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Percaya atau tidak, tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan pelan perlindungan diri masih berada pada paras yang rendah.

Dikatakan hanya 40 peratus sahaja rakyat di negara ini yang memiliki perlindungan takaful atau insurans sebagai persediaan.*

Mungkin ada sesetengahnya yang berpendapat, mereka tidak mampu untuk memilikinya kerana sumbangannya yang agak tinggi.

Namun, bukan semuanya begitu. Sebenarnya memang ada pelan perlindungan diri yang harganya sangat rendah, sesuai dengan ‘poket’ kita dan mampu untuk beri manfaat yang optimum.

Pernah dengar BSN Takaful Sakinah?

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) memahami masalah rakyat Malaysia yang terkesan dengan situasi ekonomi semasa.

Mereka bagaikan dilema, mahu memiliki pelan perlindungan diri, namun terfikir pula adakah ia suatu bebanan tambahan atau keperluan.

Sehubungan itu, sebagai menyahut saranan kerajaan menawarkan produk perlindungan asas di bawah inisiatif Perlindungan Tenang, PruBSN kini menyediakan pelan perlindungan BSN Takaful Sakinah yang diedarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan golongan B40 yang memerlukan pelan perlindungan berpatutan bagi melindungi diri mereka dan keluarga daripada risiko utama kehidupan.

Pelan perlindungan diri ini sangat berpatutan kerana hanya dengan sumbangan serendah RM55 setahun, mereka mampu membantu kelangsungan hidup ahli keluarga tersayang setelah ketiadaan mereka kelak.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Sekiranya anda berumur antara 19 hingga 50 tahun, anda layak untuk menyertai pelan takaful ini.

Lima manfaat BSN Takaful Sakinah

Terdapat lima ciri istimewa pelan BSN Takaful Sakinah ini, iaitu:-

1. Manfaat kematian

Pelindungan sehingga RM30,000 bagi kematian semulajadi dan sehingga RM60,000 bagi kematian disebabkan kemalangan, bergantung kepada jenis pelan yang dipilih.

2. Manfaat Khairat

Anda tidak perlu fikir lagi bagaimana nak bayar kos khairat kematian. Pelan ini akan ‘cover’ pembayaran khairat sehingga RM3,500, bergantung kepada jenis pelan pilihan anda.

3. Mudah

Pelan BSN Takaful Sakinah adalah sangat mudah difahami.

4. Mampu milik

Tidak perlu risau lagi tentang sumbangan kerana kadar sumbangan untuk pelan BSN Takaful Sakinah ini bermula daripada serendah RM55 setahun.

5. Ringkas & senang

Setiap pendaftaran yang dibuat adalah mudah, cepat tanpa menggunakan kertas dan anda tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan.

Jenis pelan & jumlah perlindungan

Di bawah ini adalah penjelasan mengenai jenis-jenis pelan yang boleh anda pilih serta tempoh perlindungan yang ditawarkan.

Bagaimana nak mendaftar?

Ada dua cara untuk anda mendaftar bagi menyertai pelan perlindungan BSN Takaful Sakinah ini.

Pertama, anda boleh berurusan terus di mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

Prosedurnya mudah. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan anda untuk kakitangan BSN membuat pemeriksaan kelayakan seperti umur kemasukan, pemegang akaun simpanan BSN sedia ada dan pemegang sijil BSN Takaful Sakinah yang sedia ada.

Kemudian, anda boleh memilih pelan pilihan anda.

Setelah itu, anda akan mendapat potongan caruman daripada akaun simpanan. Selain itu, salinan resit sebagai bukti perlindungan juga turut diberikan.

Akhir sekali, anda boleh mengemas kini maklumat penama anda dan akan menerima slip pencalonan selepas proses kemas kini berjaya.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Kedua, jika tidak sempat untuk berurusan di cawangan BSN, jangan risau. Anda juga boleh melakukan pendaftaran secara dalam talian.

Prosedurnya juga amat mudah. Pertama, layari laman sesawang BSN Takaful Sakinah melalui pautan laman sesawang rasmi BSN di SINI.

Klik butang ‘Daftar Sekarang’ dan anda boleh membuat pilihan pelan anda.

Prosedurnya sama seperti di cawangan BSN, anda akan menerima potongan sumbangan daripada akaun simpanan anda.

Selepas itu, anda boleh mengemas kini maklumat penama, selain turut boleh mengemas kini maklumat saksi serta permintaan kod transaksi (TAC).

Dapatkan TAC daripada saksi, masukkan nombornya dan klik butang ‘Hantar’. Selesai!

Mudah kan?

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelan perlindungan BSN Takaful Sakinah ini.

Daftarlah sekarang di pautan INI.

*sumber rujukan statistik 40 peratus rakyat Malaysia memiliki pelan perlindungan diri: “Kadar penembusan insurans, takaful masih rendah“, Berita Harian, 24 Nov 2020

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'