Siakap Keli

“Kalau Nampak Kilat Petir, Kira Sampai 30..,” Ini Yang Anda Perlu Buat Kalau Dengar Bunyi Guruh

Keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini. Kadangkala panas dan petang pula hujan lebat disertai dengan petir dan guruh. Oleh itu, amat bahaya sekiranya anda berada di luar rumah terdedah kepada ruang terbuka atau dekat dengan peralatan eletrik.

Menurut Public Health Malaysia, sekiranya anda melihat kilat petir dan selepas itu mendengar pula bunyi guruh dalam tempoh jarak kurang dari 30 saat, ini bermakna anda sangat dekat dengan panahan petir.

Oleh itu, segera cari tempat berlindungĀ dan tunggu 30 minit selepas bunyi guruh terakhir kedengaran. Jika berada di rumah, jauhi tingkap dan pintu serta elakkan memegang peralatan eletrik termasuk telefon!

Sekarang ini musim hujan dengan petir pada waktu petang. Penting untuk anda mengetahui tips ini.

Sekiranya anda mendengar bunyi dentuman guruh dalam tempoh 30 saat cahaya petir kelihatan, ia bermakna anda begitu HAMPIR dengan panahan petir.

SEGERA cari tempat perlindungan dan tunggu sehingga 30 minit bunyi guruh terakhir kedengaran. Jauhi tingkap dan pintu dan jangan pegang peralatan elektrik termasuk telefon.

Selain itu, jangan sibuk membasuh baju, mandi manda, basuh pinggan dan basuh tangan ketika ribut petir.

Sumber: Public Health Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.