Siakap Keli
Gambar: Twitter

“PKP 1 Single, PKP 2 Married & PKP 3 Dapat Anak Pertama,” Pengalaman PKP Akak Ni Buat Ramai Teruja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalulah jugak kan kita baca kisah-kisah viral di media sosial, ramai pasangan ambil peluang untuk berkahwin semasa PKP. Mereka ni digelar sebagai ‘pengantin PKP’. Antara alasannya adalah berkahwin ketika PKP ni menjimatkan, mudah diurus, jemputan pun tak ramai dan banyak lagi.

Bercakap pasal PKP pulak, pejam celik pejam celik sudah tiga kali kita hadapi PKP sepanjang dua tahun ni. PKP 1.0 sudah, PKP 2.0 pun sudah, sekarang kita baru je masuk ke fasa PKP 3.0. Agaknya sampai bila PKP 3.0 ni ya?

Apa-apa pun baru-baru ni ‘kecoh’ di Twitter apabila seorang netizen yang menggunakan nama akaun Han Sa Ra atau @sarah_izaty memuat naik satu ‘tweet’ ringkas di Twitternya. Kata Sarah, ‘perjalanan’ PKP dalam hidupnya memang dahsyat, tak sama macam orang lain.

‘Tweet’ ini viral dan menerima lebih 12,000 ‘likes’ dan hampir 5,000 ‘retweet’. Ramai netizen terkejut dan terhibur akan apa yang dialami Sarah ini.

Apa cerita di sebaliknya?

Kalau kita tengok kenyataan Sarah, ketika PKP 1.0 dulu dia masih ‘single’. Lepas tu PKP 2.0 pulak jodoh sampai, dia pun kahwin. Kemudian PKP 3.0 baru ni, tahu-tahu dah anak satu. Hebat.

Disebabkan teruja dengan kisahnya, Siakap Keli (SK) pun ambil kesempatan untuk ‘mengorek’ sikit apa cerita yang berlaku di sebaliknya menerusi ruang ‘Direct Message’ di Twitter.

Gambar: Twitter

Sarah menjelaskan, ketika PKP 1.0 dulu dia dan suaminya masing-masing sedang ‘single’. Bukan ‘single’ bujang tak berpunya ya, tapi mereka dah bertunang pun masa tu. Jadi betullah kan, ‘single’ tapi dah bertunang. Pendek kata, ‘single but not available’ la gitu.

Kemudian masa pun berjalan, PKP masih diteruskan, akhirnya detik bahagia pun tiba. Alhamdulillah mereka pun selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 30 Mei 2020. Maka bermulalah perjalanan hidup sebagai isteri dan berstatus ‘married’.

SOP berubah-ubah, duit kahwin ‘burn’

Jika diingat lagi, bulan Mei tu masih dalam fasa PKP 1.0. Ketika itu kan semua SOP sangat ketat, hatta nak kahwin pun kena lalui bermacam-macam proses. Macam itu jugalah cabaran yang dirasai Sarah dan suami.

Memanglah hanya dengan sekali lafaz, ikatan yang sah pun terbina dengan lancarnya. Tapi proses nak sampai ke situ bukan mudah. Ada-ada saja situasi yang berubah. Lebih ‘sakit’ lagi, duit yang sudah dibelanjakan terpaksa ‘hangus’.

Gambar: Twitter

“Memang mencabar sebab deposit dewan dengan katering ‘burn’, tak boleh jemput ramai dan kena nikah kat pejabat agama.

“Jumlah kerugian (burn) dekat-dekat RM4,000 jugalah sebab bila dekat-dekat nak nikah tu, SOP berubah lagi. Awalnya kita orang nak nikah kat dewan. Lepas tu tak boleh, nak nikah kat rumah.

“So dah book meja dengan kerusi catering semua untuk buat majlis kat rumah. Lagi tiga hari nak nikah, SOP berubah daripada boleh buat kat rumah dengan jemputan 15 orang kepada terus tak boleh jemput orang,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Atas sebab itulah, setelah banyak perubahan berlaku secara tak dijangka, akhirnya satu-satunya pilihan yang ada adalah bernikah di pejabat agama. Alhamdulillah, nikah juga akhirnya.

Gambar: Twitter

Mereka berdua melewati fasa PKP 2.0 yang panjang sebagai suami isteri. Pejam celik pejam celik, ‘rezeki’ pun sampai di mana Sarah disahkan hamil anak pertama. Inilah detik paling dinanti-nantikan oleh mana-mana pasangan pengantin baharu.

Setelah 2020 berlalu dengan wabak COVID-19 yang entah bila akan hilangnya, kita pun memasuki ke tahun 2021. Maka semakin hari semakin ‘berdebar’ Sarah menanti kelahiran anak pertamanya.

Akhirnya setelah kira-kira sembilan bulan berlalu, maka tanggal 4 Mei baru-baru ini, lahirlah seorang bayi comel yang dinantikan mereka berdua. Dalam masa sama, PKP 3.0 pula bermula hari ini.

Gambar: Twitter

Ini bermakna, ‘kemunculan’ semula PKP pada kali ini bertambah ‘seri’ lagi dengan kelahiran zuriat pertama mereka. Syukur Alhamdulilah. Mungkin bayi ini boleh diberi gelaran sebagai ‘bayi PKP’ agaknya kan? Apa-apapun tahniah SK ucapkan kepada mereka berdua.

Selamat mengakhiri Ramadan, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat bergelar ibu ya Puan Sarah. Good luck.

Sumber: Twitter @sarah_izaty

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'