Siakap Keli

(Video) Bos ‘Senyap-Senyap’ Pasang Kamera Rakam Reaksi Pekerja Menangis Tak Dapat Balik Raya Buat Ramai Sebak

Diam tak diam, Ramadan sudah sampai ke penghujung. Kali ini, sudah memasuki tahun kedua Syawal, rentas negeri untuk pulang beraya ke kampung halaman tidak dibenarkan. Buat anak perantauan, semakin dekat takbir bergema, semakin berkecamuk rasa di dada. Dah terbayang wajah ibu dan ayah yang menunggu di pintu, kemeriahan adik beradik dan sanak-saudara yang selalu dirindu. Sebak betul rasa!

Seperti video penuh emosi yang dikongsikan oleh pengasas empayar Takoyaki, CHEF TAKO di Facebook yang berjaya menyentuh hati ramai warganet ini. Video berkenaan dirakam secara sembunyi oleh majikan untuk melihat reaksi pekerjanya ketika ditanya mengenai ibu dan ayah mereka di kampung. Memang touching habis.

Pada awal video, semuanya kelihatan tenang je. Namun, apabila memori meraikan raya bersama ibu dan ayah disentuh, empangan air mata yang ditahan akhirnya pecah juga! Jangan kata perempuan, lelaki pun ramai yang tak dapat menahan hiba. Aduh, memang sedih sampai kami sendiri pun menangis teringat ibu dan ayah di kampung!

Rakaman berdurasi 7 minit ini umpama menyelami perasaan rata-rata anak perantauan yang terpisah jauh dari keluarga demi mencari sesuap rezeki yang halal. Ditambah dengan kedatangan Syawal, ini lah masanya untuk berkumpul bersama ibu ayah dan adik beradik.

Tetapi apakan daya, sebagai rakyat yang bertangungjawab, perasaan rindu ini harus ditahan untuk kebaikan kita semua. Sekali lagi, tahun ini ayuh kita berkorban dengan harapan keadaan kembali pulih dan raya kembali bersinar! 

Korang boleh tonton video ni dengan menekan LINK ini okay. Jangan lupa sediakan tisu!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.