Siakap Keli

Punyai Rekaan Unik, Syarikat Ini Hasilkan Gincu Dalam Bentuk Cincin, Diinspirasi Dari Rekaan Kuno

CHINA- Seorang pereka bernama Yuru Zhang baru-baru ini telah memenangi pertandingan dengan mencipta gincu tipis seperti kad yang diilhamkan dari cara wanita Cina mengenakan solekan bibir beratus-ratus tahun lalu.

Oleh itu, seorang pereka mahukan perubahan itu dengan menghasilkan gincu yang berlainan yang tiada tiub seperti kebiasaan. Pereka ini ingin mengubah ciptaan Maurice Levi pada tahun 1915 lalu.

Sebagai gantinya, Yuru menampilkan gincu berbentuk kad yang eksklusif yang diinspiasikan oleh kepingan kertas pigmen yang sering digunakan oleh wanita Cina bagi memakai solekan bibir berabad-abad lalu.

Seterusnya, Yanzhi (kad gincu) direka berbentuk empat segi tepat dan memudahkan pengguna. Caranya dengan mengeluarkan kertas gincu.

Pengguna hanya menekan perlahan-lahan bahagian belakang bekas dan hanya mengetap bibir mereka keatas kertas ketika menggunakan gincu ini.

“Gincu lama menjadi inspirasi saya. Yanzhi merupakan gincu kuno China, ia mempunyai kaedah solek yang unik.”

“Motivasi kami adalah menjadikan produk lama ini mampu disesuaikan dalam kehidupan moden,”kata Yuru Zhang.

Sumber: Absolute General News

Atiqah Aliah