Siakap Keli
Gambar: LLM

TERKINI: Trafik Dilapor Sesak 2.6km Sebelum Keluar Plaza Tol Gombak Arah Kuala Lumpur

Keadaan trafik di laluan sebelum keluar Plaza Tol Gombak menghala ke arah Kuala Lumpur dilaporkan sesak sejauh 2.6 kilometer setakat pukul 3 petang tadi.

Semua kenderaan di laluan itu dipercayai dari arah Pantai Timur dan sedang menuju ke Lembah Klang melalui plaza tol berkenaan.

Manakala laluan bertentangan yang menuju ke lebuhraya pula kelihatan lebih lengang tanpa kenderaan, merujuk kepada foto rakaman kamera litar tertutup.

Situasi trafik semasa itu dilaporkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi satu perkongsian di Facebook hari ini.

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'