Siakap Keli
Gambar via TikTok @memelofficial

“Ada Bincang Bisnes di WhatsApp?,” Ini Cara Nak Ubah Tetapan Keselamatan Privasi di Whatsapp

Aplikasi WhatsApp merupakan sebuah platform yang sangat umum digunakan di seluruh dunia. Aplikasi ini membolehkan pengguna menghantar pesanan teks, pesanan suara, gambar, dan pelbagai dokumen. Bukan itu sahaja, pengguna aplikasi WhatsApp juga boleh membuat panggilan suara dan panggilan video secara atas talian.

Selain berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, ada sesetengah pihak yang menggunakan aplikasi ini untuk tujuan perniagaan dan urusan penting. Seperti yang kita tahu, hal sebegini adalah sulit dan boleh mendatangkan implikasi kepada pengguna sekiranya maklumat jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya.

Seringkali kita dengar kes penipuan dan pencerobohan privasi oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab pada pengguna aplikasi ini. Ada juga pengguna yang digodam akaun WhatsApp mereka sehingga hilang maklumat-maklumat penting.

Walaubagaimanapun, pengguna WhatsApp masih boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang dikongsikan pengguna TikTok dengan nama akaun @memelofficial ini.

Pengunggah video tersebut menasihatkan pengguna WhatsApp yang ada berbincang perihal bisnes atau kewangan di aplikasi ini agar mengikuti langkah keselamatan tersebut. Hal ini bertujuan untuk melindungi privasi pengguna.

Video ini mendapat 129.3 ribu tontonan dan 10.1 ribu sukaan setakat ini.

@memelofficial

#shouldbeme #fypmalaysia🇲🇾 #LiveForTheChallenge #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypmalaysiaviral #israelkoyak #esekeli #fyp #fypシ #AwesomeDollaRaya

♬ original sound – Memel official – Memel official

Sumber: TikTok @memelofficial

Eyla Azri