Siakap Keli
Gambar: Bernama

Ingkar SOP PKPB: Selebriti Neelofa Dan Suami Akan Dituduh Di Mahkamah Seremban Esok – Ketua Polis Daerah Nilai

Selebriti terkenal iaitu Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya dilaporkan akan dituduh di Mahkamah Seremban esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai menerusi ciapan akan Twitter Bernama sebentar tadi.

Suaminya iaitu Muhammad Haris Bin Mohd Ismail bakal berhadapan dengan dua tuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam manakala Neelofa pula bakal berhadapan dengan tuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera.

Kes itu disiasat mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Jika didapati bersalah, setiap pertuduhan akan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right