Siakap Keli

Trend Terkini, Gaya Rambut “Wolf Cut” Dilapor Jadi Pilihan Generasi Z

Gaya rambut dengan mullet tidak sekata yang beralun seperti ditiup angin menjadi gaya rambut yang dikenali sebagai “wolf cut.”

Ia juga dikenali sebagai mahkota besar dan menjadi trend dalam golongan generasi Z. Mereka tidak melepaskan peluang dengan memuatnaik gambar gaya rambut trending ini di akaun media sosial masing-masing.

Selain itu, gaya rambut ini juga sesuai untuk lelaki dan perempuan. Wolf cut dikatakan berasal dari sebuah salon di Korea Selatan.

Pencarian di Google juga menunjukkan peningkatan 100% dari tahun 2020 dan istilah gaya rambut ini meningkat kepada 88% di Pinterest tahun ini.

Pendandan rambut juga turut memuatnaik gambar potongan rambut yang menjadi kegilaan generasi Z di akaun Instagram mereka. Sementara itu, pengguna TikTok memuatnaik video bagaimana mereka membuat gaya rambut itu di rumah.

Sumber: CNN

"