Siakap Keli

(Video) Carian Di Maps Temui Sekumpulan ‘Manusia’ Berselubung Putih Di Lokasi Misteri

Mungkin kita selalu dengar tentang kejadian mistik dan kisah seram yang berlegar di media sosial mahupun cerita-cerita daripada orang sekeliling.

Satu klip rakaman daripada Google Maps yang tular di laman Tiktok memaparkan kelibat sekumpulan orang berjubah dan berkelubung putih di tengah-tengah padang pasir seakan-akan melakukan satu upacara.

Bagaimanapun, perkara ini menjadi tanda tanya seluruh dunia tentang kewujudan sekumpulan manusia pelik tersebut. Sehingga sekarang, masih tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku di kawasan tersebut.

Video yang dimuatnaik di Tiktok Amj_oud ini mendapat lebih daripada 1.6 juta tontonan.

@amj_oud

😳😱😳😱😳😱#maps_maroc #amj_oud #غرائب_الخرائط #foryou

♬ sonido original – Victor Ramos©

 

Sumber: amj_oud

" "