Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Semua wanita pasti ingin kelihatan menawan di hari pernikahannya. Maklumlah, sekali seumur hidup. Habis semua jurumekap dirisik untuk melihat hasil solekan mereka.
Ada yang menggunakan khidmat rakan atau keluarga sendiri, ada juga yang mengupah jurumekap profesional terkenal bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
Kongsi seorang wanita di Indonesia, @dear.anya, dia telah mendapat khidmat solekan daripada bekas teman wanita suaminya ketika hari pernikahan mereka.
Dalam video berkenaan, dia menampilkan gambar sebelum dan selepas mekap sambil bertanya pendapat warga maya terhadap hasil solekan itu.
Sambil berseloroh, ada warga maya yang meninggalkan komen mengusik kononnya jurumekap berkenaan ‘membalas dendam’ kepada wanita tersebut.


Walaubagaimanapun, ada antara netizen yang menganggap jurumekap itu telah melakukan kerja yang baik, cuma hasilnya masih boleh dipertingkatkan.

